1 Ogos 2016 - 17:40
Helikopter bantuan kemanusiaan Russia jatuh di Idlib, 5 maut

Helikopter Russia ditembak jatuh ketika pulang dari misi mengirim bantuan kemanusiaan di Aleppo

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Sebuah helikopter Russia yang mengirim bantuan kemanusiaan ke kota Aleppo ditembak jatuh manakala 5 krew di dalamnya dikhuatiri maut.

Kementerian Pertahanan Russia mengesahkan helikopter Mi-8 ditembak jatuh ketika pulang ke markaz setelah berjaya mengirim bantuan kemanusiaan di Utara Aleppo.

Hingga kini nasib tiga krew dan dua pegawai yang berada di dalam helikopter masih belum diketahui. Pernyataan rasmi kementerian tersebut percaya tidak ada seorangpun anggotanya terselamat.

Sementara itu kumpulan pengganas menyebarkan video klip 2 jasad prajurit Russia sedang dipijak-pijak di lokasi nahas. Pakaian seragam prajurit tersebut kelihatan sudah dilucutkan. Klip amatur itu juga memaparkan bangkai helikopter tersebut.